Sunday, August 31, 2008

Bercinta dan Bercouple: Haram atau tidak?


Couple Haram


Tentu ramai yang tertanya-tanya. Tidak kurang juga yang tidak berpuas hati dengan pernyataaan di atas. Ada yang kata hukumnya harus. Mungkin ada yang kata makruh. Sememangnya kenyataan ini menimbulkan banyak kontroversi, lebih-lebih lagi di kalangan muda-mudi sekarang.

Mengapa Ber'couple' Haram?Ya,mengapa? Sekarang kita kembali kepada persoalan pokok. Di sinilah timbulnya kontroversi di antara kita. Bagi yang ber'couple', sudah tentu perasaan ingin tahu mereka sangat tinggi dan pelbagai hujah ingin dikeluarkan bagi mempertahankan kesucian cinta mereka itu.

Sebagai seorang muslim, untuk menjawab persoalan ini, kita perlulah merujuk kembali kepada manual kita yang telah digarisi oleh Allah S.W.T. iaitu Al-Quran dan panduan iaitu As-Sunnah yang telah diwasiatkan kepada kita oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. yang sepatutnya menjadi pegangan hidup kita.

Ada yang berkata, Allah telah menjadikan makhluk-Nya berpasang-pasangan, lelaki dan perempuan, mengapa tidak boleh bercinta atau ber'couple'? Memang tidak dinafikan,dalam Al-Quran Allah ada berfirman, seperti dalam Surah Yasin(36) ayat 36: 'Maha Suci Tuhan yang telah menciptakan pasangan-pasangan semuanya, baik dari apa yang ditumbuhkan oleh bumi dan dari diri mereka maupun dari apa yang tidak mereka ketahui.' Dan juga firman-Nya dalam Surah Al-Hujrat(49) ayat 13: 'Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.'Meskipun begitu, ayat-ayat ini tidak menjelaskan yang kita boleh mengadakan hubungan percintaan dan berkasih kasihan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Banyak larangan Allah dalam Al-Quran yang melarang hubungan-hubungan ini. Percintaan bermula dari mata. Firman Allah, 'Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat."

Surah An-Nur(24) ayat 30
Dalam ayat ini, jelas Allah telah memerintahkan kita supaya kita menjaga pandangan kita daripada memandang perkara-perkara yang dilarang, termasuklah memandang wanita bukan mahram serta wajib bagi kita menjaga nafsu. Perintah ini bukan ditujukan kepada kaum Adam sahaja. Dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman, 'Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya,...'Surah An-Nur(24) ayat 31.

Dua ayat dari Surah An-Nur ini sebenarnya terdapat dalam sukatan matapelajaran Pendidikan Al-Quran & Sunnah tingkatan 5. Para pelajar tingkatan 5 sepatutnya lebih jelas akan perkara ini. Daripada ayat ini jelas Allah melarang lelaki dan perempuan bukan mahram daripada saling berpandang-pandangan dengan niat untuk suka-suka, apatah lagi untuk memuaskan hawa nafsu.

Dalil yang lebih kuat menetang hubungan percintaan ini terdapat dalam Surah Al-Israa'(17) ayat 32:'Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.'Ayat ini memang cukup popular di kalangan kita. Ramai yang apabila ditegur dengan ayat ini akan menjawab,'Kami tidak berzina. Kami berbual-bual je' , 'Kami keluar makan je' dan 'Kami main SMS je.' Dan pelbagai 1001 alasan lagi. Para pembaca,sila teliti firman Allah tadi. Dalam ayat ini, Allah melarang kita mendekati zina. Allah menggunakan kalimah 'walaa taqrobuu' (jangan hampiri) dan bukannya kalimah 'walaa ta`maluu' (jangan melakukan). Ini menunjukkan, walaupun kita hanya mendekati zina, ia sudah pun HARAM! Mungkin ada yang tidak jelas dengan maksud menghampiri di sini. Biar kita ambil contoh, jarak kita dengan dewan adalah 50 meter. Apabila kita melangkah setapak ke arah dewan, jarak antara kita dan dewan adalah 49.8 meter. Inilah dikatakan menghampiri dewan. Jadi, bercinta sebelum kahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina, dan menghampiri zina adalah HARAM.


Ini adalah dalil-dalil daripada Al-Quran. Bagaimana pula dengan hadis rasul kita, Nabi muhammad S.A.W.?


Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda : 'Sesungguhnya Allah Ta'ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.'* Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya' 'Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul(berpegangan,brgurau menggunakan tangan). Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.'**


Daripada hadis ini, jelas rasulullah menenyenaraikan bahangian-bahagian zina. Apabila kita memandang Si Dia dengan sengaja,menatapi wajahnya, dan sebagainya, zina mata berlaku. Apabila lidah kita digunakan untuk mengeluarkan kata-kata manis serta puitis, untuk memenangi hati Si Dia, membuatkan Si Dia tertarik kepada kita, lidah berzina. Apabila kita mendengar serta menghayati kelunakkan suaranya, telinga berzina. Apabila berpegangan tangan, berjalan bersama ke arah menghampiri zina, tangan dan kaki berzina. Tetapi, yang paling bahaya ialah, apabila kita merindui Si Dia, memikirkan-mikirkan tentangnya, keacantinkannya, ketampanannya, sifat penyanyangnya, betapa kecintaannya kepada kita, zina tetap berlaku. Biarpun tidak bersua dari segi pancaindera, hati boleh berzina. Tidak mungkin sesuatu hubungan percintaan itu tidak melibatkan penglihatan, percakapan, pendengaran dan perasaan. Sudah terang lagikan bersuluh, percintaan sebelum berkahwin dan ber'couple' adalah menghampiri zina dan hukumnya adalah HARAM.



Bagi yang belum terjebak, adalah dinasihatkan jangan sekali-kali menjerumuskan diri ke lembah percintaan. Susah untuk meninggalkan suatu perbuatan maksiat seperti ini setelah merasai kenikmatannya. Silap-silap boleh terlanjur dan langsung tidak dapat meninggalkannya lagi. Bagi yang sudah terjebak, sedang, ataupun yang mula berjinak-jinak dengan percintaan, sedarlah. Segeralah kita meninggalkan perbuatan maksiat yang tidak diredhai lagi dimurkai Allah ini. Tiada gunanya kita terus melakukan dosa demi meneruskan hubungan terlarang ini demi mendapatkan kebahagiaan duniawi yang sementara ini. Hanya satu jalan sahaja yang menghalalkannya iaitu melalui ikatan pernikahan.

Bercouple dan Bercinta: Haram atau tidak?

Rasanya sudah terlampau banyak post mengenai couple ini. Tujuan artikel ini di tulis bukanlah untuk berterusan menghukum atau menegakkan benang yang dah sememangnya basah mahupun kering kerana benang yang basah mahupun kering itu amat sukar di tegakkan. Maka dengan itu janganlah kita berterusan saling “menegakkan”nya.

Pada ketika dan saat artikel ini di tulis, penulis masih lagi berfikir. Bukan berfikir kosong, tetapi berfikir dengan sepenuh hati dan akal. Teruskan membaca artikel ini dan teruskan berfikir.
Pertama sekali, mari kita cuba lihat apa erti atau definisi bagi satu istilah yang kita panggil cinta, couple, etc dari kacamata remaja atau muda mudi zaman ini.
Kita mula dari perspektif yang lebih umum. Ada yang menganggap cinta itu berlaku bila mata bertentang mata. Ada pula yang menganggap cinta itu berlaku bila ada pengisytiharan atau “Declaration” I LOVE U atau SAYA CINTAKAN AWAK. Ada jugak yang rasa cinta itu bermula bila “Saya tau dia suka saya dan dia tau saya suka dia. Itu dah cukup”.
Sebenarnya masih ramai yang keliru bila mentafsirkan apa itu cinta. Malahan ada yang tidak tahu bila bermulanya cinta. Ada juga yang cuba menghalalkan cinta menurut agama Islam biarpun berlaku di luar perkahwinan. Malahan tidak keterlaluan jika dinyatakan di sini ada yang menggunakan da’wah sebagai “Lesen Besar” mereka untuk bercinta. Yang ikhwah kata “akhwat perlukan bantuan saya”, yang akhwat pula kata “ikhwah perlukan dorongan dari saya”.
Tapi betulkah couple itu haram? Kenapa? Jangan terus menjawab persoalan ini. Teruskan membaca dan berfikir.

Masalah pendefinisian couple atau cinta itu sendiri sudah mengelirukan. Bagaimana individu itu mentafsirkan cinta takkan habis kalau di tanya orang perseorangan. Ini kerana mereka mentafsirkan cinta menurut hati dan kehendak mereka. Ada juga yang cuba menggunakan dalil-dalil dari Al Quran, dan petikan kata-kata ulama muktabar serta kitab-kitab tertentu untuk menghalalkan cinta menurut kehendak dan nafsu mereka.
Susah untuk mencari kata-kata ulama mahupun imam-imam besar tentang dari mana bermulanya cinta ini. Kita ambil contoh yang paling mudah. Kata-kata dari filem-filem melayu zaman P Ramlee dan sebagainya (semestinya mereka tidak tergolong dalam kategori ulama dan imam besar). CINTA ITU MULANYA DARI MATA, DAN TURUNNYA KE HATI. Dari hati terbitnya rasa sayang dan dari rasa sayang perasaan rindu mula menjengah ke segenap ruang diri.

Betulkah ungkapan atau situasi ini? Jangan jawab persoalan ini. Teruskan membaca.
Lihat pula Firman Allah dalam surah yang sama,
Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat.”(Surah An-Nur(24) ayat 30)

‘Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya..(Surah An-Nur(24) ayat 31)
Pertamanya dari kedua-dua ayat ini, Allah SWT memerintahkan kepada kedua-dua lelaki dan wanita yang beriman supaya menahan pandangan dan yang keduanya barulah memelihara kemaluan. Berfikir sejenak, mengapa pandangan yang harus di tahan terlebih dahulu dan bukan kemaluan yang di jaga?
Saya simpulkan secara mudah, KERANA ZINA ITU BERMULA DARI MATA DAN KEMUDIAN TURUN KE HATI! Jadi jagalah pandangan mata dari melihat atau melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.
Kedengaran janggal pula di telingan ayat “supaya menjaga mata dari melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya” ini. Mata bukanlah boleh melakukan apa-apa. Mata bukanlah seperti anggota lain seperti tangan, kaki dan lain-lain yang memang terang-terangan boleh menjadi organ penzinaan. Fikirkan lagi.
“Kami pandai jaga la kalau kami couple pun. Kami tak jumpa langsung. Kadang-kadang kami sms jek, YM dan hantar email”. Kata sesetengahnya yang “pandai menjaga” hubungan couple mereka. Tapi organ apakah yang mereka gunakan untuk membaca sms, YM atau email tersebut kalau bukan MATA.
Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :
‘Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti.
Lihat pula sabda rasulullah saw di atas yang memperincikan masalah zina. Teliti turutannya. Mata adalah zina terutama yang di beri penekanan. Kemudian barulah di ikuti lidah, hati dan kemaluan.
Baiklah kita hentikan perbincangan mengenai zina. Tak semua orang yang bercouple akan berzina (kononnya). Kita mula pula perbincanagan mengenai sesuatu yang suci katanya. CINTA.
Cinta itu sendiri terlampau subjektif dan terlalu sukar untuk di tafsir. Ia boleh membawa kepada yang ma’ruf jika betul caranya dan juga membawa kepada yang mungkar jika salah caranya. Cinta yang sebenar adalah cinta yang menuruti batas-batas dan tuntutan islam. Dan bila bercakap mengenai cinta yang memenuhi batasan atau tuntutan islam tentulah cinta yang telah sah HALAL di sisi Allah. Cinta selepas AKAD.
Cinta adalah HAK mutlak milik Allah SWT. Ia adalah pinjaman dari Allah kepada hambanya untuk di letakkan di tempat yang sewajarnya. Ianya amat indah jika betul dan kena caranya.
Rasa cinta itu perlu di tumpahkan menurut cara yang sebenar. Rasa cinta perlu di letakkan pada yang sepatutnya. Rasa cinta perlu di luah mengikut turutan yang sewajarnya. Apakah turutan yang sewajarnya ini?
Bila kita ketahui cinta ini milik Allah dan pinjaman dariNya kepada kita, tentulah turutan cinta yang pertama adalah cinta kepada Khaliq. Cinta teratas dan cinta teragung.
Bila kita bercinta atau bercouple. Rasa cinta itu terlampau mendalam. Rasa rindu sentiasa membuak-buak dan meronta-ronta dalam jiwa. Setiap masa dan ketika kita ingin bersama. Sekiranya tidak mendengar suara pun sudah mencukupi. Dan sekiranya masih tidak mampu, membaca tulisan-tulisannya melalui sms pun sudah memadai.
Setiap masa dan ketika kita rasa ragu dengan cinta pasangan. Setiap masa juga kita ingin memastikan cintanya pada kita. Setiap masa kita nak tanya “betul ker u suka i ni”. “betul ker u cinta i ni”. Supaya pasti cintanya tidak surut, cintanya tidak pudar seperti pudarnya pesona Cleopatra (novel tulisan Habiburahman).
Tapi dalam masa yang sama pernahkan kita pastikan atau lakukan perkara yang sama pada Allah swt? Bertanya cintaNya pada kita, memastikan supaya kita sentiasa di dalam cintaNya. Dan yakinkah kita meraih cintaNya?
Tinggalkan persoalan ini. Anda fikir.
Klimaknya bagi artikel ini berdasarkan huraian dari awal ialah COUPLE sebelum akad itu TIDAK HARAM kalau anda sanggup membutakan mata anda, hati anda, dan membisukan lidah anda. Betullah kata-kata pujangga, CINTA ITU BUTA!
Dan couple itu haram kalau anda tidak mahu butakan mata, hati dan bisukan lidah anda.
Anda fikir dan anda pilih. HARAM atau TIDAK.

Thursday, August 21, 2008

malaysia sebagai negara yang kompetitif .. untuk difikirkan

Malaysia adalah negara yang kedua kompetitif di ASEAN selepas Singapura dan masih mengekalkan kedudukan sebagai negara yang kompetitif di rantau ini. Namun begitu mengikut Global Kompetitif Indeks, kedudukan Malaysia telah jatuh satu anak tangga pada kedudukan ke-26 berbanding kedudukan yang lepas iaitu di tangga ke-25. Terdapat perubahan yang agak besar pada kali ini dengan memaparkan kejatuhan Amerika Syarikat di tangga ke- 6 dengan mengalami kejatuhan 5 anak tangga. Jika difikirkan kembali bagaimana negara kuasa besar dunia ini boleh jatuh 5 anak tangga. Malaysia dilihat oleh Persidangan Ekonomi Dunia di Geneva sebagai negara yang mempamerkan kuasa ekonomi yang cekap ditambah lagi dengan pasaran buruh dan institusi awam yang baik. Namun begitu perlu di ingati ada bebrapa perkara yang perlu diambil kira oleh Malaysia. Ia dinyatakan oleh Pakar Ekonomi dan Pengerusi Persidangan Ekonomi Dunia, Augusto Lopez Carlos, iaitu kedudukan Malaysia sebagai negara yang kompetitif boleh dibaiki jika kerajaan lebih berjaya dalam menurunkan kadar difisit negara. Selain itu, taraf kesihatan tenaga kerja perlu diambil kira dan peluang dalam pendidikan perlu ditingkatkan untuk melahirkan tenaga kerja yang lebih berdaya saing.
Memetik kata Tan Sri Lim Kok Wing seorang ahli perniagaan dan salah seorang dari pengasas dan juga Presiden kepada Lim Kok Wing Universiti, Malaysia perlu bergerak dengan cepat untuk menjadi sebuah Negara yang Kompetitif atau berdiri di tahap yang sama jika tidak mahu kehadapan. Jika dilihat 10 tahun dahulu Malaysia adalah 6 negara terbesar dalam bidang pelaburan antarabangsa atau lebih di kenali sebagai FDI. Namun begitu, kedudukan ini berubah ke tangga 62 tahun lalu. Keadaan ini memperlihatkan adanya masalah untuk mewujudkan peluang perniagaan di Malaysia. Antara masalah yang di kenal pasti adalah masalah birokrasi dan korupsi. Ia diburukkan lagi oleh kadar kelakuan jenayah dan pencurian serta masalah dalam kekurangan tenaga buruh yang mahir. Selain itu, ketidak telusan kerajaan dalam polisi atau dasar juga menyumbang kepada masalah ini. Kerajaan perlu memikirkan kembali apa yang patut dilakukan samaada membuat perubahan keatas keadaan ekonomi itu sendiri. Jika dilihat negara-negara lain seperti China, Vietnam, Thailand serta Korea Selatan, negara ini dibina dan bergerak dengan baik berbanding Malaysia. Ini merupakan satu cabaran baru yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam era globalisasi ini. Jika China satu masa dahulu merupakan negara yang mundur dan agak kebelakang, namun pada hari ini ia bangun dan menjadi salah satu kuasa kuat dunia. Selain itu, Vietnam juga di ramal akan mengikut jejak langkah China, dengan pasaran buruh yang banyak dan murah ia mungkin menjadi satu kenyataan.
Kedudukan Malaysia dalam Global Kompetitif Indeks merupakan satu kayu ukur pencapaian dasar yang dijalankan. Namun begitu jika difikirkan kembali adakah pengukuran ini merupakan satu kayu ukur yang baik? Jika dilihat dalam carta keseluruhan hanya 5 negara di Asia berada dihadapan kita. Antaranya ialah Singapura (5), Jepun (7), Hong Kong (11), Taiwan (13), dan korea (24). Maka kita boleh katakan disini kita berada diantara yang terbaik. Namun begitu jika di lihat negara jiran iaitu Indonesia ia mengalami perubahan yang positif dimana kenaikan sebanyak 19 anak tangga ke tangga 54. Bagaimana Malaysia sebagai negara jiran yang memiliki kemudahan yang lebih baik tidak mampu bersaing dengan lebih kompetitif sebaliknya mengalami penurunan. Tapi apa yang pennting dan dapat dilihat dalam kedudukan ini ialah kerajaan perlu berdiri dengan lebih kukuh dan meningkatkan kadar kecekapan dalam polisi yang di wujudkan.
Kesimpulannya, kita bolehkan bahawa walaupun kita dilihat boleh berjaya sebagai negara yang berdaya saing atau kompetitif namun Malaysia masih lagi mempunyai kelemahan yang tersendiri. Sebagai contoh, Malaysia berada di tangga ke-24 dunia dari segi pembangunan yang kompetitif. Dalam isu ini memaparkan Malaysia antara negara yang kadar difisitnya tinggi iaitu di tangga ke-64. Ia diburukkan lagi dengan hutang kerajaan yang meletakkan Malaysia di tangga ke-49 dunia. Malaysia juga berada di tangga ke-23 bagi berdaya saing dalam perniagaan dan Malaysia dilabel antara negara yang mempunyai masalah birokrasi yang tinggi. Walaupun, kita melihat Malaysia sebagai negara yang aman dan boleh dijadikan negara untuk berdaya saing dalam bidang perniagaan, kita masih lagi mempunyai kelemahan. Antaranya ialah buruh yang tidak mempunyai kemahiran dan ditambah lagi dengan etika kerja yang tidak baik. Perkara ini perlu dilihat oleh kerajaan dan sebagai perkara yang tidak enteng. Pelbagai dasar dan polisi perlu disemak balik oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Globalisasi mungkin bakal mengejutkan negara dengan kemungkinan yang baru seperti kebangkitan negara yang kecil seperti Vietnam dan kejatuhan kuasa besar secara perlahan seperti Amerika Syarikat.

Wednesday, August 13, 2008

Tak faham, kurang faham atau tidak memahami

...SALAM...
Tak faham ...
Apa maksudnya? adakah sama dengan kurang faham atau tidak memahami? tak faham ni mungkin dia langsung tak tau atau memang tak tau langsung ...
kurang faham...
Apa maksudnya? dia ni jenis yang faham tapi kurang mengerti ...mungkin ada faktor external yang mempengaruhi ....apa ye?
Tidak memahami...
Jenis ni yang buat sakit hati, kepala dan perasaan... mana tidaknya kefahaman yang ada tidak berguna dengan berpura-pura tak faham. Kadang kala jenis ini akan menyakitkan dan menyusahkan orang lain.
Jika kita fikirkan ..mungkin pada suatu hari terjumpa insan no 3 ini iaitu tidak memahami apa akan kita lakukan...
Memahami adalah satu proses tapi juga ia perlu lahir dari perasaan .... jika kita berpura - pura faham ia akan terpancar jelas tak perlu berpura-pura. Manusia ni banyak jenis akan tetapi buat mereka yang no 3 ini, tolonglah keluar dari kepompong anda. Orang cakap lain dia pusing kot lain...Memang sakit hati ...Bila kita cakap dia cakap benda lain tak faham - faham dan kurang faham ditambah lagi dengan tidak memahami.
Apa seharusnya nak buat dengan orang sebegini ..... NAMPAKNYA TIDAK BOLEH GUNA CARA CAKAP BERLAPIS KENA JUGA CAKAP TERUS KE MUKA...
WANITA BOLEH MEMAHAMI HATI WANITA LAIN AKAN TETAPI IA JUGA BOLEH MENJADI BISA DALAM DIAM...

Tuesday, August 12, 2008

cerita sebenar mengenai seorang pemimpin kecil

Salam pembuka bicara....
Ini sebuah cerita mengenai seorang pemimpin kecil di sebuah negeri yag kecil tetapi bermindakan seorang mahasiswa.
Apa yang dipaparkan disini hanyalah satu renungan ...Wajarkah seorang pemimpin ini berkata" hahaha berbanggalah dengan dekan konyang dah 3 sem tu...kami sume ni bodoh,bangang, bebal n pemalas. tak macam kau yang bijak +pandai+genius+intelektual tinggi+ rajin. Yang penting dekan kau tu tak leh bawak ke akhirat untuk berjumpa ALLAH. Kejayaan makhluk disisi ALLAH pada agamanya bukan pada taraf pendidikan atau DEKAN. SELAMAT MENDAPAT DEKAN."
bEgitu pedas sekali ayatnya. Jika inilah pemimpin yang dilahirkan di universiti dan berada dalam kalangan masyarakat pada hari ini HITLER ke dua mungkin akan muncul.
Berpeganglah pada agama yang telah diturunkan pada kamu , jangan jadikannya untuk menghina diri orang lain kerana terdapat beberapa perkara abstrak yang tidak dapat dijelaskan oleh manusia melalui akal yang waras. Wassalam