Thursday, August 21, 2008

malaysia sebagai negara yang kompetitif .. untuk difikirkan

Malaysia adalah negara yang kedua kompetitif di ASEAN selepas Singapura dan masih mengekalkan kedudukan sebagai negara yang kompetitif di rantau ini. Namun begitu mengikut Global Kompetitif Indeks, kedudukan Malaysia telah jatuh satu anak tangga pada kedudukan ke-26 berbanding kedudukan yang lepas iaitu di tangga ke-25. Terdapat perubahan yang agak besar pada kali ini dengan memaparkan kejatuhan Amerika Syarikat di tangga ke- 6 dengan mengalami kejatuhan 5 anak tangga. Jika difikirkan kembali bagaimana negara kuasa besar dunia ini boleh jatuh 5 anak tangga. Malaysia dilihat oleh Persidangan Ekonomi Dunia di Geneva sebagai negara yang mempamerkan kuasa ekonomi yang cekap ditambah lagi dengan pasaran buruh dan institusi awam yang baik. Namun begitu perlu di ingati ada bebrapa perkara yang perlu diambil kira oleh Malaysia. Ia dinyatakan oleh Pakar Ekonomi dan Pengerusi Persidangan Ekonomi Dunia, Augusto Lopez Carlos, iaitu kedudukan Malaysia sebagai negara yang kompetitif boleh dibaiki jika kerajaan lebih berjaya dalam menurunkan kadar difisit negara. Selain itu, taraf kesihatan tenaga kerja perlu diambil kira dan peluang dalam pendidikan perlu ditingkatkan untuk melahirkan tenaga kerja yang lebih berdaya saing.
Memetik kata Tan Sri Lim Kok Wing seorang ahli perniagaan dan salah seorang dari pengasas dan juga Presiden kepada Lim Kok Wing Universiti, Malaysia perlu bergerak dengan cepat untuk menjadi sebuah Negara yang Kompetitif atau berdiri di tahap yang sama jika tidak mahu kehadapan. Jika dilihat 10 tahun dahulu Malaysia adalah 6 negara terbesar dalam bidang pelaburan antarabangsa atau lebih di kenali sebagai FDI. Namun begitu, kedudukan ini berubah ke tangga 62 tahun lalu. Keadaan ini memperlihatkan adanya masalah untuk mewujudkan peluang perniagaan di Malaysia. Antara masalah yang di kenal pasti adalah masalah birokrasi dan korupsi. Ia diburukkan lagi oleh kadar kelakuan jenayah dan pencurian serta masalah dalam kekurangan tenaga buruh yang mahir. Selain itu, ketidak telusan kerajaan dalam polisi atau dasar juga menyumbang kepada masalah ini. Kerajaan perlu memikirkan kembali apa yang patut dilakukan samaada membuat perubahan keatas keadaan ekonomi itu sendiri. Jika dilihat negara-negara lain seperti China, Vietnam, Thailand serta Korea Selatan, negara ini dibina dan bergerak dengan baik berbanding Malaysia. Ini merupakan satu cabaran baru yang perlu dihadapi oleh Malaysia dalam era globalisasi ini. Jika China satu masa dahulu merupakan negara yang mundur dan agak kebelakang, namun pada hari ini ia bangun dan menjadi salah satu kuasa kuat dunia. Selain itu, Vietnam juga di ramal akan mengikut jejak langkah China, dengan pasaran buruh yang banyak dan murah ia mungkin menjadi satu kenyataan.
Kedudukan Malaysia dalam Global Kompetitif Indeks merupakan satu kayu ukur pencapaian dasar yang dijalankan. Namun begitu jika difikirkan kembali adakah pengukuran ini merupakan satu kayu ukur yang baik? Jika dilihat dalam carta keseluruhan hanya 5 negara di Asia berada dihadapan kita. Antaranya ialah Singapura (5), Jepun (7), Hong Kong (11), Taiwan (13), dan korea (24). Maka kita boleh katakan disini kita berada diantara yang terbaik. Namun begitu jika di lihat negara jiran iaitu Indonesia ia mengalami perubahan yang positif dimana kenaikan sebanyak 19 anak tangga ke tangga 54. Bagaimana Malaysia sebagai negara jiran yang memiliki kemudahan yang lebih baik tidak mampu bersaing dengan lebih kompetitif sebaliknya mengalami penurunan. Tapi apa yang pennting dan dapat dilihat dalam kedudukan ini ialah kerajaan perlu berdiri dengan lebih kukuh dan meningkatkan kadar kecekapan dalam polisi yang di wujudkan.
Kesimpulannya, kita bolehkan bahawa walaupun kita dilihat boleh berjaya sebagai negara yang berdaya saing atau kompetitif namun Malaysia masih lagi mempunyai kelemahan yang tersendiri. Sebagai contoh, Malaysia berada di tangga ke-24 dunia dari segi pembangunan yang kompetitif. Dalam isu ini memaparkan Malaysia antara negara yang kadar difisitnya tinggi iaitu di tangga ke-64. Ia diburukkan lagi dengan hutang kerajaan yang meletakkan Malaysia di tangga ke-49 dunia. Malaysia juga berada di tangga ke-23 bagi berdaya saing dalam perniagaan dan Malaysia dilabel antara negara yang mempunyai masalah birokrasi yang tinggi. Walaupun, kita melihat Malaysia sebagai negara yang aman dan boleh dijadikan negara untuk berdaya saing dalam bidang perniagaan, kita masih lagi mempunyai kelemahan. Antaranya ialah buruh yang tidak mempunyai kemahiran dan ditambah lagi dengan etika kerja yang tidak baik. Perkara ini perlu dilihat oleh kerajaan dan sebagai perkara yang tidak enteng. Pelbagai dasar dan polisi perlu disemak balik oleh kerajaan untuk mengatasi masalah ini. Globalisasi mungkin bakal mengejutkan negara dengan kemungkinan yang baru seperti kebangkitan negara yang kecil seperti Vietnam dan kejatuhan kuasa besar secara perlahan seperti Amerika Syarikat.

0 comments: